April 24, 2012

Kaku Memendam Rasa


Jariku kaku demi mengukir rasa sayu
membelenggu segenap ruang hati
Entah bagaimana inginku lakarankan
bagi menzahirkannya
Kerana aku sendiri tidak mampu menterjemahkannya
Walau rasa sayu itu seakan jelas melemaskan aku
Sungguh aku gagal meluahkan sekalipun cuba beribu kali

Mindaku beku mengukir kata-kata duka dalam sanubari
Dukanya tidak bisa digambar
walau dibekal dakwat selautan
Lalu aku terus memendam rasa
agar ia surut dengan sendirinya
Tanpa terduga kiniku
bagaikan jasad bernyawa tiada perasaan
Semakin di pendam semakin terseksa jiwa ragaku

Aku terus terdiam kaku lesu hingga tidak bermaya
Namun tanpa diundang
ada suntikan redha yang hadir
Ianya hadir menemani setelah diriku sujud
beradu padaNYA
Sungguh DIAlah sebaik-baik tempat
meluah rasa gundah dijiwa
Ketahuilah dengan mengingati Tuhan Sang Pencinta
Sudah pasti hati-hati akan menjadi tenang

syukron_waslam

0 Putih-Hitam: