Agama Islam adalah agama universal.
Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an,
Hadis-hadis nabi dan juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di
sepanjang zaman.
Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai digunapakai di sepanjang zaman.
Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan
ataupun persahabatan. Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang
bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim.
Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus
dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3
hari.
Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita.
Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang
leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah
dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat
bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam.
Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif.
Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah
yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang
harmoni sesama kita.
Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas
untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat
Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya
menguasai satu per tiga dunia.
0 Putih-Hitam:
Post a Comment