Zack: Joe, jom pergi solat. Kalau lewat nanti terpaksalah kita bersolat di luar masjid.
Pelawa Zack ketika dia hendak keluar dari pejabat. Hari ini adalah
hari pertama Joe memulakan tugas di tempat kerja baru. Dan orang pertama
yang sudi menjadi sahabat Joe adalah Zack.
Joe: Kau pergilah solat Zack, aku nak habiskan kerja ni.
Zack: Eh, tak per. Lepas solat nanti, boleh sambung kerja tu semula. Jomlah.
Joe: Kau sahajalah pergi. Aku tak solat hari ni.
Zack: La, mana boleh macam itu Joe. Solat adalah perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf iaitu baligh dan berakal.
Joe: Kau kata aku ni tidak berakal lah ya ?
Zack: Bukan macam tu maksud aku. Kenapa kau tak nak solat ?
Joe: Buat apa nak solat. Kitakan muda lagi. Tunggulah bila dah tua
nanti. Waktu tu nanti, barulah aku hendak tumpukan sepenuh perhatian aku
untuk mengerjakan solat, pergi haji ke. Masa tualah waktu untuk kita
beristirehat. Perbanyakkan amalan untuk di jadikan bekalan di akhirat
kelak. Masa muda adalah waktu untuk kita bekerja kuat, kumpulkan harta
untuk bekalan hari tua.
Mengucap panjang Zack apabila mendengar pendirian Joe dalam bab solat. Sudah jauh tersesat rupanya Joe.
Zack: Ehm kalau kau tak sempat tua, macam mana pula Joe. Katakanlah jika kau ditakdirkan meninggal pada hari esok ?
Joe: Eh yang engkau sibuk sangat ni apasal. Mak bapa aku tak pernah
solat dan mereka juga tidak pernah mengajar aku untuk solat. Walaupun
aku tidak solat, aku masih bernafas hingga ke hari ini. Rezeki aku masih
di murahkan hingga ke hari ini. Jadi apa yang penting sangat solat ini ?
Zack: Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam.
Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan
suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai
hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.
Solat juga merupakan tanda terima kasih kita di atas
segala rezeki yang di kurniakan dan begitu juga dengan nyawa yang telah
di beri pinjam kepada kita.
Tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk
beramal kerana hanya amalan kita sahaja yang akan menjadi tiket untuk kita ke syurga ataupun ke neraka.
Joe hanya memandang screen komputer sambil tangannya mengetuk - ngetuk pensil di atas meja tulis.
Zack: Joe, masih belum terlewat untuk kau bertaubat. Aku bersedia
untuk membantu kau Joe. Suatu ketika dahulu, aku juga seperti kau Joe.
Islam atas sebab keturunan sahaja. Hal solat, puasa, aku tidak pernah
ambil kisah.
Hinggalah pada suatu hari, aku di uji dengan kemalangan yang dasyat.
Aku koma sebulan. Selama aku dalam ke adaan koma, aku telah bermimpi
untuk melihat segala balasan yang akan aku terima di sebabkan kejahilan
aku. Tunang aku meninggal di tempat kejadian dan dia sedang hamil anak
luar nikah aku ketika dia meninggal Joe. Aku amat terkilan kerana dia
tidak sempat untuk bertaubat.
Hanya aku yang masih di beri kesempatan untuk memperbaiki segala
kesilapan lalu. Setiap kali selepas bersolat, aku tidak lupa berdoa
untuk arwah tunang aku. Moga dengan sedikit usaha dari aku ini, dapat
meringankan azab kubur yang sedang di hadapinya di sana. Mari Joe, aku
bantu engkau.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Mana-mana muslim yang
apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk
dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu
juga dengan ruku'nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan)
dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar." Riwayat Muslim
4 Putih-Hitam:
solat mmg perkara yang sangat2 tak boleh di abaikan..tiang agama tu..
jom singgah sini
Cerita HYZ dan Dayang Nurfaizah
Fiq Fikri yang pemalu
yap..btol !
oke!
solat mmg penting..=)..neway terima kasih ye sbb follow my blog..blog ini dh di masukkan di ruangan followers 5 in my blog..=)
faiz : yap ! solat tu kekuatan dlam khipn kta !
oke ! welkem ! tengs gk krna sudi singgah
cnie ea ! keep in touch !:)
Post a Comment